GE2153 teknologi DALAM PENDIDIKAN
  • REFLEKSI SAYA
  • BIODATA
  • TUGASAN

REFLEKSI TAHUN 1

MINGGU KEEMPAT BELAS (15 DECEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
​pada minggu yang ke 14 ni saya masih lagi dapat mengikuti kelas Dr. Fatimah dan minggu keempat belas ini merupakan kelas terakhir bersama Dr iaitu khusus Komputer Dalam Pendidikan pada semester I. Pada minggu ini tugasan yang diberikan ialah Pengenalan kepada Helaian hamparan elektronik – Excel. Untuk tugasan ini, saya dikehendaki menyediakan satu pemarkahan untuk pelajar dengan menggunakan microsoft excel atau spreedsheet. Dengan menggunakan kemudahan ini,average, mode, median pelajar dapat dikumpul dan dihitung dengan mudah tanpa pengiraan secara manual. Segala pengiraan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

MINGGU KETIGA BELAS (8 DECEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tarikh 8 DECEMBER 2015 merupakan kelas pada minggu ketiga belas yang mana kelas tersebut berjalan seperti biasa dengan keadaan tenang dan terkawal. K
ami telah diarahkan oleh Dr untuk berbincang tentang elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Hasil daripada perbincangan ini, kami mendapat banyak info tentang multimedia dan elemen-elemennya. Antaranya ialah terdapat lima elemen penting dalam multimedia iaitu Animasi, Teks, Video, Audio dan juga Grafik. Lima elemen ini merupakan elemen utama dalam multimedia.    Seterusnya, kami telah disuruh untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing tentang storyboard/powtoon/videomakers dan skrip untuk menghasilkan satu video berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya dan Ahli kumpulan saya  telah berbincang untuk membina storyboard dan skrip yang kami gunakan dalam pembinaan video berkaitan dengan tajuk kami dalam tugasan ketiga iaitu keselamatan komputer dan internet serta etika komputer.

MINGGU KEDUA BELAS (1 DECEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada 1 December 2015 kelas minggu kedua belas telah berjalan lancar dengan keadaan yang terkawal. 
Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah menanyakan kepada kami tentang setakat mana pembuatan video setiap ahli kumpulan . Pada hari tersebut Dr Siti Fatimah menyemak tugasan-tugasan , releksi-releksi didalam weebly. Keputusan markah peperiksaan bergantung kepada kerajinan pelajar itu sendiri kata Dr Siti. Selain itu , Dr Siti Fatimah menunjukkan contoh-contoh video didalam kelas kami . Antara contoh-contoh video yang ditayang dalam kelas kami ialah video pembuatan filem Avatar , The Hobbits , Baby Dance dan lain-lain di youtube. Dr Siti Fatimah menyatakan bahawa filem-filem tersebut dibuat dengan menggunakan softwere-softwere yang amat canggih.

MINGGU KESEBELAS (24 NOVEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
​Minggu ini merupakan kelas kesembilan yang berlangsung pada minggu kesebelas yang bertarikh 24 NOVEMBER 2015. 
Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa walaupun dalam keadaan pelajar kelas kami letih melakukan aktiviti latihan kecergasan yang telah dijalankan dalam kelas kejurulatihan sukan oleh itu pelajar kelas kami tetap tabah untuk menghadapi dugaan yang berlaku demi untuk menjayakan kehidupan sendiri pada masa hadapan.  Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah keselamatan internet dan etika komputer. Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar.

MINGGU KESEPULUH (17 NOVEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah siap atau selesai dalam menyiapkan tugasan kelima Dr memberi tugasan
 Keenam iaitu membuat brochure. Kelas komputer dalam pendidikan ini berlangsung pada hari 17 November 2015 yang merupakan kelas kelapan pada minggu kesepuluh.  Tugasan keenam ini dilakukan secara individu . Tajuk yang digunakan dalam pembuatan brochure ini dengan mengguna tajuk yang telah diberikan pada tugasan ketiga . Ahli kumpulan saya telah membahagi tajuk masing-masing . Dimana dalam tajuk brochure saya , saya memilih tajuk langkah keselamatan ancaman internet. Selain itu , Dr Siti memberikan contoh-contoh laman yang boleh membuat brochure secara online . Uniflip(http://www.uniflip.com/?gclid=CjwKEAiAhPCyBRCtwMDS5tzT03gSJADZ8VjR-CjXZ8ox14fznrrU0nKC_9JOF1I-WPFNK1XBH40qcRoCvIDw_wcB) , microsoft Publisher , dan lain-lain. Dr Siti juga memberikan contoh-contoh brochure yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar senior. 

MINGGU KESEMBILAN (3 NOVEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kelas minggu ini berjalan lancar pada tarikh 3 November 2015 yang merupakan kelas minggu kesembilan. Pada minngu kesembilan ini sekali lagi Dr.Fatimah menyemak tugasan sebelum ini. Penyediaan borang soal selidik kami masih ada kesilapan walaupun tidak terlalu banyak tapi Dr perintahkan kami sekumpulan untuk membaiki mengikut cadangan yang diberi. 
Kesilapan-kesilapan yang kami lakukan sepanjang bersama kelas Dr.Siti Fatimah membuatkan diri saya berasa lebih matang dan sentiasa membaiki kesilapan-kesilapan tersebut. Selain itu, berkenaan penyediaan borang tindak balas dari mengmail kumpulan kami tidak mencapai tahap yang diingini iaitu sekurang-kurang 30 orang dan kumpulan kami hanya mencapai 15 orang pengmail sahaja.

MINGGU KELAPAN (27 OCTOBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 Pada  27/10/2015 merupakan minggu kelapan kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah dalam komputer dalam pendidikan. Pada minggu kelapan ini Dr.Siti Fatimah menyemak tugasan-tugasan yang sebelumnya iaitu tugasan keempat mengenai soalan soal selidik. Tugasan keempat kumpulan kami banyak ditegur mengenai masalah penyediaan soalan yang betul lalu DR. Fatimah mengarahkan kami agar memperbetulkan atau membaiki kesilapan yang telah ditegur tadi supaya mudah dijawap oleh penerima email dari kumpulan kami. Selain itu , soalan berkenaan perlulah jelas dan mudah difahami untuk memudahkan sesuatu  tindak balas. Soalan tersebut juga sepatutnya berhubung kait dengan tajuk yang kami pilih iaitu keselamatan internet dan etika komputer. Dalam soal jawap tersebut perlu mengandungi 15 soalan yang berbeza . Setelah kumpulan kami membuat perbincangan dengan DR dan kawan-kawan  kami diberi pelepasan untuk menghantar kepada yang berkenaan.

MINGGU KETUJUH  (20 OCTOBER 2015)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah kami memanjatkan rasa bersyukur kerana di berikan kesihatan tubuh badan untuk melakukan tugasan-tugasan di dunia ini. Kami juga berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk membaiki atau mengubah kesilapan yang lalu. Berdasarkan minggu ketujuh, refleksi 
 saya adalah berkenaan dengan tugasan untuk membina satu borang soal selidik berpandukan tajuk pembentangan kumpulan yang dilakukan pada minggu yang sebelumnya iaitu keselamatan internet dan komputer. Penyediaan borang ini adalah dijalankan secara berkumpulan. Proses penyelidikan dan cara untuk membina item soal selidik berlandaskan tajuk kumpulan kami pilih manakala borang soal selidik perlu dilakukan dengan menggunakan google form. Setelah dikaji berkali-kali dengan kongsian ilmu untuk membina soalan yang terkandung dalam borang berjumlah 15 soal selidik. Sesudah membuat atau membina item soal selidik kami diarah oleh DR. Fatimah untuk menghantar borang soal selidik tadi kepada gmail kawan-kawan.  
​https://docs.google.com/forms/d/1pbSGbweL6hcd-T-pmLU4MyET-LbVc2VBY_tO_jpmM3k/edit

MINGGU KEENAM (13 OCTOBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada minggu keenam ni saya ingin kongsikan sekidit sebanyak berkenaan ilmu yang dipelajari dalam minggu keenam ni. Tugas minggu tersebut adalah seperti mana mengikut proforma komputer pendidikan minggu ini adalah berkaitan 
dengan penggunaan google presentation yang menggunakan prinsip casper untuk membentuk satu pembentangan. Persembahan (Google Drive) Presentation  dengan mengaplikasi konsep CASPER ini berpandukan bahan yang diperolehi dalam aktiviti pada minggu keempat. Pada awalnya, saya dan kumpulan 3 agak gelisah kerana kami tidak mengenali ape itu prinsip casper. Setelah membuat pertanyaan dengan DR.Fatimah dan membuat perbincangan dengan kawan-kawan tugasan ini kami dapat siapkan dengan sempurna. Saya sebagai wakil daripada kumpulan tiga ingin  mengucap jutaan berterima kasih kepada kawan-kawan dan DR Siti atas ilmu yang dikongsikan.
​  

PRINSIP C.A.S.P.E.R

MINGGU KELIMA (6 OCTOBER 2015)

​​Assalamualaikum dan salam sejatera......
 Pada MINGGU KELIMA ini saya telah mempelajari berkenaan perisian multimedia dan video dalam pendidikan. Multimedia ini merupakan gabungan teks, grafik, video, audio, dan bunyi. Video merupakan elemen penting didalam multimedia kerana boleh membawa pengaruh yang tinggi terhadap pengguna kuhsusnya didalam pendidikan. Selepas itu, Dr.Siti menyemak tugasan-tugasan minggu 4 iaitu Keselamatan internet dan etika komputer  . Selepas selasai menyemak tugasan-tugasan minggu keempat tersebut Dr.Siti memberi tugasan 3 iaitu tugasan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan satu atau dua tajuk untuk dibuat dalam google slide. 
 

 MINGGU KEEMPAT  (29 SEPTEMBER 2015)

Assalamualaikum dan salam sejatera......
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat bernafaz di bumi ini lagi tanpa cacat cela.Kelas kali kedua ini dijalankan pada minggu keempat pada tarikh 29 september 2015. Pada hari tersebut Dr fatimah membuat semakan dan membuat perbincangan tentang tugasan-tugasan yang diberikan seperti didalam minggu ketiga. Sesudah Dr. membuat semakan kami mempelajari ilmu baru tentang cara mencari maklumat dalam web dengan menggunakan internet. Pencarian didalam laman web ini bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat atau bahan rujukan dengan senang dan tepat. Antara web tersebut iaitu scholar google dan books google mampu mengubah seluruh manusia didalam dunia ini melakukan kerja dengan cepat. Seterusnya Dr Fatimah menayangkan video seorang budak luar negara berusia 12 yang mahir dalam programing membuat kami malu sebagai seorang warga malaysia yang lebih dewasa daripada beliau . Akhirnya, Dr Fatimah memberi tugasan baru buat pelajar kelas kami umpamanya satu tugasan yang lakukan secara individu yang bertajukkan " Peranan komputer sebagai guru,alat dan pelajar " yang perlu dikerjakan dalam weebly.

MINGGU KETIGA (22 SEPTEMBER 2015)


Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Syukur ke hadhrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya Mohamad Izzuddin Bin Razali berasal negeri Kelantan tinggal dari Kolej Aminuudin Baki menceburi sukan dan permaianan bola sepak .Tidak lupa kepada Dr Siti Fatimah Binti Mohd Yassin kerana banyak berkongsi ilmu berkaitan penggunaan komputer. Bagi saya, program pengajian Komputer Dalam Pendidikan(GGGE1155) ini sangat berguna dalam bidang yang saya ceburi iaitu untuk menjadi seorang guru. Banyak kepentingan dan kebaikan dapat diperoleh melalui program pengajian ini . Bermula saya menghadiri  kelas komputer buat pertama kali dalam minggu ketiga ini  saya diarahkan supaya memperkenalkan diri kepada pelajar - pelajar lalu kami diperintahkan agar membahagikan lapan kumpulan .Bilangan kumpulan tersebut hendaklah ​ berjumlah tiga orang ahli setiap kumpulan dengan mengikut kiraan nombor satu hingga lapan. Saya terpilih untuk ahli kumpulan tiga yang mempunyai dua orang lelaki dan satu orang perempuan yang bernama berikut Mohamad Izzuddin Bin Razali , Siti Nur Ismat Binti Che Norddin dan Muhammad Saiful Bin Mohd Nizam . Minngu ketiga kami diajar oleh Dr Siti Fatimah supaya membuka atau mencipta akaun Gmail, google drive ,ifolio ,weebly dan lain-lain. Perbuatan Gmail kami dinasihatkan membuka gmail dengan mengguna nama penuh mengikut kad pengenalan tanpa meletakkan nama singkatan atau gelaran agar setiap email yang dihantar akan terkeluar signature tentang maklumat diri.Selain itu akaun 'weebly' merupakan satu blog yang dimiliki oleh pelajar sendiri supaya dapat memasukkan maklumat-maklumat dan maklum balas tentang pelajaran sepanjang program pengajian ini. Segala perkara yang dikongsikan alam akaun 'weebly' akan disiarkan melalui URL web sendiri . Akhir sekali,  berkat Dr Siti dan rakan-rakan saya dapat mengenali asas penggunaan komputer dengan lebih baik. Saya sebagai wakil daripada kumpulan tiga ingin berjunjung kasih dengan kalian atas jasa baik tunjuk ajar dan bimbingan daripada Dr Siti saya amat menghargai.
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • REFLEKSI SAYA
  • BIODATA
  • TUGASAN